Super Kawaii Cute Cat Kaoani

Tuesday, 15 November 2016

HIDUP SEORANG STUDENT

Bismillah,
Laju jari menaip disebabkan banyak alasannya. Salah satunya aku boring sebab rummett aku semua takdak entah pi kemana sebab dari aku balik kelas memang tidak kewujudan seorang pun dalam bilik. okay jom mulakan alkisah hidup seorang student. (aku pun taktau la kisah apa minah ni nak sambung taip.)Okay..,
Now aku bergelar sebagai seorang student. Where? At Usim. Pertama sekali aku bersyukur dapat sambung belajar sampai sini walaupun pernah ada hasrat nak sambung ke Mesir tetapi tak kesampaian tak mengapa. Its OKAY. Capslock sikit dekat okay tu. HAHA. Bila dah jadi student ni, fahem2 ja lah ya. Ekonomi semakin kusut. (Kalau hang jimat takpa) Cakap tentang jimat, aku berjimat kut we. Makan sehari 2x. Duit makesure taklebih Rm5 sehari. cewah leh caya ka. (Hang habaq ja la hang tu tengah diet!!!) kikiki. Ok serius! Bila dah jadi seorang mahasiswa/wi ni paling utama niat nak mencari ilmu sudah pasti kerana Allah Ta'ala, kedua hang buat pi lah camnapun janji hang berjaya banggakan mak ayah serta seluruh keluarga hang dengan kejayaan.(segulung ijazah) kan dah janji kan sebelum masuk U? InsyaAllah. Semakin hari, haruslah selalu tarbiyah diri sendiri. Banyakkan muhasabah. Teruskan istiqamah. Sekian.. 

Saturday, 12 November 2016

RESEPI IKAN SINGGANG SIMPLE


Assalammualaikum, hari ni terasa nak share resepi ni sebab tu pun ada orang pantai timur request suruh masak. So masak lah kau !!! 




                       

Bahan Untuk Masak Ikan Masak Sinngang Simple:


 -2 batang serai- diketuk

 -3 keping asam keping -8 biji cili api
 -1 liter air -garam secukup rasa
-5 ketul ikan tongkol
-2 inci kunyit hidup
-2 inci halia
-2 inci lengkuas
 -1 biji bawang besar
-3 biji bawang putih

 Cara Untuk Masak Ikan Singgang Simple:


 1- Hiris nipis bawang besar ,bawang putih, lengkuas, halia serta kunyit hidup. Panaskan air dalam periuk sehingga menggelegak.


 2- Apabila air sudah menggelegak, masukkan bahan yang dihiris dan juga serai, masukkan juga sesudu garam dan biarkan sehingga bawang agak layu.


 3- Apabila bawang sudah agak layu, masukkan pula asam keping dan tunggu hingga kuah menggelegak semula baru letakkan ikan dan kacau perlahan-lahan.


 4- Tutup sebentar sementara menunggu ikan masak. Apabila ikan sudah masak,masukkan cili api dan perasakan dengan garam dan kacau hingga sebati perlahan-lahan supaya ikan tidak hancur. Jika ingin meletakkan tomato boleh juga masa ini. Rasa kuah singgang dan sebati dan secukup rasa, bolehlah ditutup api dan siap untuk dihidangkan. Cicah dengan BUDUUUUUU baru PADUUUUUU :D


 p/s : sangat sedap dan menyelerakan. Jika ingin menukar ikan lain boleh juga. Sekian, selamat mencuba..